Saturday 28 April 2012

Bermulanya sebagai Abang Herbalife.

. بِسْــــــ​مِ اﷲِالرَّحْ​مَنِ اارَّحِيم


Sebelum panjang lebar aku menaip aku nak tegaskan di sini "aku bukan pemilik sebenar blog ni". Ulang suara, "aku bukan pemilik sebenar blog ni". Sebenarnye abang herbalife mintak tolong aku untuk design kan blog ni. Disebabkan aku terasa terhutang budi dengan abang herbalife jadi aku pun  tolonglah. Semua background, header and editing yang ada dalam blog ni semua aku yang buat. Jangan banyak komen eh abang herbalife. Hihihi

Actually aku dengan abang herbalife ni kan satu course. Tapi kiteorang ni tak rapat masa semester satu. Waktu tu aku cuma tahu nama dan kenal je. Semester dua baru lah aku dengan abang herbalife ni rapat tapi tak seberapa rapat. Itupun disebabkan hal kerja dan waktu nak dekat final kiteorang buat study group sama-sama. So barulah aku tahu dia ni ada jual herbalife. Sejujurnya aku tak tahu pun ape menatangnye "Herbalife". Tapi penah sekali dia tunjukkan brochure pasal herbalife then barulah aku tahu.... produk kesihatan rupanye.


Waktu SMSS:D

Nak dipanjangkan cerita...abang herbalife ni baik hati tolong aku masa nak last semester. Sebab itulah aku mula ngam dengan dia ni. Sebagai kawan abang herbalife, aku bagi sokongan sepenuhnya bila dia ni bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam herbalife. Niat abang herbalife melibatkan diri dalam herbalife ni murni. Aku tahu apa niat dia. Apa disebalik kesungguhan dia. Salah satunya sudah pasti nak tolong orang-orang kat luar sana tu sihat.

Abang herbalife bukan setakat nak tolong orang tapi kawan dia. Buktinya dia tak jemu-jemu nak promote coursemate dia pasal produk. Buktinya....









See? Sebenarnya ada lagi kat Twitter tapi malas nak print screen. Hihihi. Ni pun dah cukup kot.


 Hmmm tapi lumrah realiti hidup, bila nak buat baik bukan senang. Orang benda baik susah nak dengar. Banyak benda kena lalui. Apa yang penting, abang herbalife kena tetapkan niat yang baik tu kenapa dia nak usahakan herbalife. Biarkan orang nak kata apa, biar apa orang nak perlekehkan apa yang kite buat asalkan kite tahu apa matlamat kite buat benda ni.
"Ambil yang positif, yang negatif campak jauh-jauh".. Macam kenal kan ayat ni?! Lepastu jangan sesekali berhenti ditengah jalan ye abang herbalife. Ingat balik apa niat abang herbalife...PTPTN? Nak hantar parent pergi mana?


By the way, kenapa aku gelarkan dia abang herbalife? Jeng jengg... Sebab mostly coursemate panggil dia macam tu kot. Aku pun rasa macam sedap je panggil macam tu. Lagipun contact name dalam phone aku pun aku save " Phy Abang Herbalife"  hahhahaaa. So sesiapa yang rasa nak cuba herbalife boleh lah mintak bantuan abang herbalife ye.


Setakat ini je permulaan untuk blog "Abang Herbalife" daripada "bukan pemilik sebenar blog ni". Terima kasih. Semoga berjaya abang herbalife!
Assalammualaikum.







No comments:

Post a Comment